1989 - Pembunuhan Stockton: Patrick Purdy menyerang tapak bermain Sekolah Rendah Cleveland dengan senapang, membunuh lima kanak-kanak dan mencederakan 29 yang lain serta seorang guru lalu membunuh dirinya.
1995 - Gempa Bumi Besar Hanshin melanda berhampiran Kobe, Jepun, dan mengorbankan lebih 6,000 nyawa serta mengakibatkan kerosakan harta lebih ¥10 trilion ($100 bilion).
1997 - Sebuah kapal angkasa Delta 2 yang membawa sebuah satelit GPS2R meletup 13 saat selepas dilancarkan, menyebabkan bangkai roket terbakar seberat 250 tan tertabur sekitar landas pelancaran.
2002 - Gunung Nyiragongo yang terletak 20 kilometer (12 mi) di utara bandar Goma, Republik Demokratik Congo meletus, memusnahkan 4500 bangunan dan menyebabkan kira-kira 120,000 orang tiada tempat berteduh.